GARIS PANDUAN

PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA

 PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN KURSUS LDP

SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH

BAGI

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

E13

KPM                                                                                        BPG

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

 

 

 

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA

 PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN KURSUS LDP

SECARA SCHOOL BASED DI SEKOLAH

 

 1.0  PENGENALAN

 

Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di sekolah telah dilaksanakan secara School Based oleh Bahagian Pendidikan Guru sejak Tahun 2008.

 

Pada Tahun 2009, seramai 321,000 guru telah mengikuti kursus secara School Based. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 33% guru telah mengikuti kursus kurang daripada 3 hari, 63% guru telah mengikuti kursus antara 3 hingga 7 hari dan 5 % guru telah mengikuti kursus lebih dari 7 hari.

 

Dapatan pemantauan yang dilaksanakan pada Tahun 2009 juga mendapati 92.8 % guru memberi respons yang positif terhadap pelaksanaan latihan guru secara School Based. 96.6 % guru tersebut menyatakan latihan guru secara School Based dapat meningkatkan profesionalisme mereka.

 

Bagi Tahun 2010 Unit KDP telah merancang sebanyak 159 kursus dengan bilangan peserta seramai 664632 orang guru yang menggunakan anggaran perbelanjaan secara keseluruhan sebanyak RM 126 juta. Walau bagaimanapun disebabkan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah dikurangkan, latihan yang akan diberi penekanan adalah kepada dasar-dasar berikut :

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam

      Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2005

      Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010 dan 2011 secara Blended Approach, Mentor-Mentee, Coaching, Book Review dan Sesi Perkongsian Ilmu Melalui Mesyuarat Panitia.

 

Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan KPM Bil 19 / 2009 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Seri KSU pada 18 November 2009 meminta kursus 7 hari digantikan dengan pembacaan 7 buah buku ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010. Setiap buku ilmiah yang telah dibaca oleh guru perlu dibentangkan untuk dikongsi bersama, iaitu pembentangan sebuah buku (Book Review) adalah bersamaan 1 hari kursus untuk guru tersebut.

 

2.0  DEFINISI BOOK REVIEW

 

Book Review berasal dari bahasa Latin revidere atau recensere yang bermaksud melihat kembali, menimbang atau menilai. Tiga istilah itu menjurus kepada maksud yang sama iaitu pengulasan  buku.

 

Dalam ertikata lain, ulasan buku atau book review ialah memberi huraian ringkas  mengenai  isi  buku serta penilaian tentang kekuatan dan kelemahan isi buku kepada masyarakat umum .

 

Aktiviti yang terlibat semasa mengulas buku ialah:

(Online: Los Angeles Valley College Library)

 

 

3.0  OBJEKTIF

 

Objektif pelaksanaan kaedah latihan secara  pembacaan buku bagi menggantikan kursus LDP secara school based di sekolah adalah untuk:

 

3.1          menyemaikan  budaya membaca di kalangan guru

3.2          berkongsi ilmu dan pengetahuan untuk diaplikasikan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)

3.3          meningkatkan profesionalisme keguruan

3.4          mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini dalam bidang pendidikan

3.5          meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan

3.6          mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesionalisme keguruan dalam kalangan warga pendidik

3.7          memartabatkan profesion keguruan

 

4.0  KOMPONEN BACAAN

 

Buku-buku yang dibaca hendaklah berfokus kepada 3 bidang iaitu:

1.      Pengetahuan Profesionalisme ( 60% )

         Ilmu Pengetahuan Pendidikan dan Mata Pelajaran

         Kandungan dan Kaedah Pedagogi

         Pengurusan Kurikulum

         Kreativiti dan Inovasi Pedagogi

 

2.      Kemahiran Profesionalisme ( 20% )

         Kejurulatihan

         Penulisan ilmiah

         Kajian Dan Penyelidikan Ilmiah

         Kepimpinan

         Pengurusan Kewangan

         Pengurusan Strategik

 

3.      Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan ( 20% )

         Nilai Dan Etika

         Komunikasi Berkesan

         Soft Skills

 

Guru dikehendaki membaca sekurang-kurangnya 4 buah buku dari Bidang Pengetahuan Profesionlisme, 2 buah buku dari Bidang Kemahiran Profesionalisme dan sebuah buku dari Bidang Nilai Dan Amalan Profesionalisme Keguruan. Setiap buku ilmiah tersebut mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 50 halaman.

 

 

 

5.0  PELAKSANAAN LATIHAN

5.1 JANGKAMASA PELAKSANAAN

5.1.1 Pembacaan Buku

         Guru dikehendaki membaca 7 buah buku ilmiah mulai dari bulan Februari hingga bulan November.

         Sebelum pembacaan, setiap buku yang dipilih mestilah mendapat pengesahan daripada pihak pentadbir. (Lampiran A)

 

5.1.2 Perkongsian Ilmu

         Sesi pembentangan yang pertama mestilah bermula selewat-lewatnya pada minggu pertama bulan Mac.

         Jangka masa minima untuk setiap pembentang adalah 30 minit.

         Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu

(i)            sinopsis buku

(ii)           pengetahuan / pengajaran yang boleh diperolehi

(iii)          aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P

         Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan-pembentangan tersebut selama 12 jam dinilai sebagai 1 hari berkursus.  

Contoh Pengiraan:

Bil. Guru Mengikut Panitia

Jumlah buku

Jumlah Pembentangan

Jumlah sesi

(1 sesi ada 4 **pembentangan)

Perjumpaan

(bulan)

Mac - Nov

 

10 org

 

7 buah

 

70

 

 

70 4 ≈ 18 sesi

 

2 atau 3 kali sebulan

** 1 pembentangan = 30 minit                     1 sesi = 2 jam

 

                  Pengiraan Menghadiri Sesi Pembentangan (Pendengar)

                  (Berdasarkan jadual diatas)

 

                      18 sesi X 2 jam = 36 jam                         (di mana 12 jam = 1 hari kursus)

                  36 jam 12 jam = 3 hari kursus

5.2  KUMPULAN SASARAN

         Semua guru termasuk pihak pentadbir dan kaunselor sekolah wajib membaca sekurang-kurangnya 7 buah buku ilmiah.

         Pihak pentadbir bermaksud Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-Kurikulum dan Penyelia Petang.

 

5.3  TEMPAT PEMBENTANGAN

         Pembentangan dijalankan di premis sekolah sendiri .

 

5.4 PERANAN PELAKSANA

         Peranan Pentadbir / Guru / SU LDP di sekolah adalah seperti berikut:

 

BIL

JAWATAN

TINDAKAN

 

1.

 

Pentadbir sekolah

(Pengetua/Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang)

 

  Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa LDP dan memberi taklimat pelaksanaan

  Menetapkan giliran pembentangan (Lampiran B)

  Mengesahkan bahan bacaan guru.

  Mengesahkan sinopsis buku (Lampiran C)

  Memantau perjalanan pembentangan (setiap kali pembentangan) (Lampiran F)

  Menetapkan tarikh pembentangan yang berikutnya bagi guru pembentang yang tidak dapat hadir

  Memberi markah Prestasi Tahunan guru dengan mengambil kira jumlah pembacaan 7 buah buku dan kehadiran semasa pembentangan rakan sekerja

2.

SULDP

  Menyediakan borang-borang (Lampiran A F)

  Menyediakan jadual pembentangan (Lampiran B)

  Menguruskan surat-menyurat

  Menyediakan minit mesyuarat

  Menyediakan jadual pembentangan gantian bagi  

      guru pembentang yang tidak dapat hadir

  Memastikan pengurusan fail dikemaskinikan

  Mengumpul Borang Sinopsis (Lampiran C)

  Menyelaraskan kutipan Kad Pelaporan LDP dan salinan sijil LDP

Menyediakan laporan dan laporan KMLDP 

       mengikut ketetapan BPG

  Menghantar laporan dan laporan KMLDP (3 kali setahun April, Julai, Oktober)

3.

Semua Guru

  Memilih bahan bacaan dan mendapatkan pengesahan pentadbir sekolah (Lampiran A).

  Membaca dan melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C)

  Membentangkan ulasan bahan bacaan.

  Mendapatkan pengesahan untuk pembentangan (Lampiran C)

  Menyerahkan Lampiran C kepada SU LDP

 

 

 

5.5  MEKANISME PERLAKSANAAN

 

5.5.1 Semua guru di sekolah dikehendaki membaca 7 buah buku ilmiah setahun    

        (Februari  hingga November). Buku yang dibaca mesti berdasarkan kepada

        3 bidang:

 

A.     Pengetahuan Profesionalisme (4 buah buku)

         Ilmu Pengetahuan Pendidikan dan Mata Pelajaran

         Kandungan dan Kaedah Pedagogi (Pedagogical Content Knowledge)

         Pengurusan Kurikulum

         Kreativiti dan Inovasi Pedagogi

 

B.     Kemahiran Profesionalisme (2 buah buku)

         Kejurulatihan

         Penulisan Ilmiah

         Kajian dan Penyelidikan Akademik

         Kepimpinan

         Pengurusan Kewangan

         Pengurusan Strategik

 

C.     Amalan Dan Nilai Profesionalisme (1 buah buku)

         Nilai dan  Etika

         Komunikasi Berkesan

         Soft Skills

5.5.2 Pembentangan pertama mesti bermula selewat-lewatnya minggu pertama

         bulan Mac 2010.

5.5.3 Pembentangan harus mengikut jadual yang disediakan  oleh SULDP.

5.5.4 Pembentangan boleh dibuat semasa:

         Mesyuarat Guru

         Mesyuarat Panitia

         Taklimat profesional

         Perhimpunan sekolah

         In- house training

5.5.5. Cadangan cara pembentangan adalah seperti berikut:

a) Sekolah Biasa.

Pembentangan akan dijalankan mengikut panitia / bidang.

(Contoh : Panitia Bahasa Melayu Guru-guru Bahasa Melayu).

Bil. Guru Mengikut Panitia

Jumlah buku

Jumlah Pembentangan

Jumlah sesi

(1 sesi ada 4 **pembentangan)

Perjumpaan

(bulan)

Mac - Nov

 

10 org

 

7 buah

 

70

 

 

70 4 ≈ 18 sesi

 

2 atau 3 kali sebulan

            * * 1 pembentangan = 30 minit,        1 sesi = 2 jam

 

                b) Sekolah Jenis Sekolah Kurang Murid (SKM)

Pembentangan boleh dijalankan secara bergilir-gilir semasa:

         Mesyuarat Guru

         Mesyuarat Panitia

         Perhimpunan

         Taklimat Profesional

 

Bil. Guru Mengikut Sekolah

Jumlah buku

Jumlah Pembentangan

Jumlah sesi

(1 sesi ada 4 **pembentangan)

Perjumpaan

(bulan)

Mac - Nov

 

8 org

 

7 buah

 

56

 

 

56 4 ≈ 14 sesi

 

1 atau 2 kali sebulan

            * * 1 pembentangan = 30 minit,        1 sesi = 2 jam

 

                        5.5.6 Langkah-langkah perlaksanaan.

 

Bil.

Perkara

Tindakan

1.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.

 

 

 

 

 

 

4.

Sebelum Pembentangan (Pembacaan Buku)

  Guru megenalpasti buku yang hendak dibaca berdasarkan bidang profesionalime yang telah ditetapkan.

  Guru melengkapkan Borang Rekod Pengesahan Dan Pembacaan serta mendapatkan pengesahan daripada pentadbir sekolah (Lampiran A).

  Guru menyemak giliran dalam jadual pembentangan

( Lampiran B).

  Guru membaca dan melengkapkan Borang Sinopsis   (Lampiran C).

 

Semasa Pembentangan

  Guru diberi masa 30 minit untuk membentangkan ulasan buku kepada guru-guru lain.

  Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu

i)   sinopsis buku

ii)  pengetahuan / pengajaran yang boleh diperolehi

       iii) aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P

  Semua guru diminta untuk mengisi borang kehadiran (Lampiran D)

  Pendengar menilai pembentangan yang telah dibuat (Lampiran E ).

  Pentadbir memantau pembentangan (Lampiran  F).

 

Selepas Pembentangan

  SU LDP  dikehendaki mengumpul borang-borang berikut:-

1.    Borang Sinopsis (Lampiran C)

2.    Borang Penilaian Pembentangan (Lampiran E)

3.    Borang Pemantauan (Lampiran F)

4.    Rekod Kehadiran Pembentangan (Lampiran D)

 

Laporan LDP

  Menyediakan Pelaporan selepas pembentangan

  Menghantar Laporan Kursus & laporan KMLDP ke

 JPN/PPD (3 kali setahun - April, Julai dan Oktober)

 

Guru

 

Guru dan pentadbir

 

Guru / SULDP

 

Guru

 

 

 

Pembentang

 

Pembentang

 

 

 

Semua guru

 

Semua guru

 

Pentadbir

 

 

SU LDP

 

 

 

 

 

 

SU LDP

 

SU LDP

 

8.0 PENSIJILAN DAN PENGHARGAAN

 

         Jumlah pembacaan 7 buah buku dan kehadiran semasa pembentangan rakan sekerja diambil kira bagi pemberian markah Prestasi Tahunan.

 

9.0 PENUTUP

 

Program ini hanya akan mencapai objektif sekiranya semua pihak yang terlibat mengikuti Garis Panduan yang ditetapkan.

10.0   KHIDMAT NASIHAT

Sebarang kemusykilan berkaitan dengan Garis Panduan ini bolehlah dirujuk kepada :

1.     Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 2, Blok E 13, Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

( U.P. : Unit Kursus Dalam Perkhidmatan )

Tel:  03-88841307 / 03-88841291 , Faks : 03-88893570       ATAU

 

2.     Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Gabungan / Pejabat

                   Pelajaran Daerah yang berhampiran.